Sunday, 29 July 2012

Perancangan Allah SWT sebaik-baik perancangan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sesungguhnya tiada rancangan sebaik perancangan Allah SWT. Manusia hanyalah hamba pada Tuhan Yang Esa. Malah ilmu yang manusia ada hanyalah terlalu sedikit itupun dengan keizinan Allah S.W.T.

Harapan hanya tinggal harapan, itulah yang selalu bermain di fikiran saya sekiranya memikirkan peluang untuk kembali bersama 'athirah. Diri ini sebenarnya telah pun putus asa dan menganggap pintu hatinya telah tertutup untuk menerima insan yang melukakannya suatu ketika dahulu. Apatah lagi bila mengenangkan yang dia sudah punyai pengganti. Hanya doa yang mampu diri ini kirimkan semoga si dia beroleh keberkatan dan kebahagiaan yang dicari. Doa yang tidak pernah berhenti sepanjang 7 bulan penantian.

Namun segalanya seakan sukar dipercayai, bagaikan berlaku suatu keajaiban yang tak pernah disangka-sangka. Suatu ketika harapan seakan telah pudar dan berkubur namun bunga harapan berputik semula ketika hari semakin senja.

Segalanya bermula ketika pertemuan semula selepas hampir 7 bulan tak bersua. Pertemuan yang membangkitkan kenangan. Pertemuan klasik dimana ianya berlaku di tempat yang sama, dan mungkin tarikh yang sama pertemuan pertama kami yang berlaku 3 tahun lepas. Pelik tetapi ianya benar.

Sebagaimana ianya bermula suatu ketika dulu kini seakan bermula semula. Sofbol menemukan kami semula. Cuba menutup kisah lama dan membuka helaian kisah baru hanya sekadar sebagai kawan, namun jauh disudut hati masing-masing masih menyimpan perasaan cinta dan berharap untuk kembali bersama. Dan akhirnya luahan demi luahan cinta akhirnya terbit dari bibir sang pecinta dan bidadarinya. Dan dipinggir tasik disinari lampu neon bersama cahaya bulan disanalah kami sama-sama menitiskan air mata mengenang kembali kisah lama, mencari harapan baru dengan perasaan bercampur antara kesal dan gembira.

Bukan mudah untuk kembali bersama setelah perpisahan dulu melibat keluarga dan dia juga hampir dimiliki insan lain. Banyak juga yang membangkang ada jua yang menyokong. Hurmmm...


Kemudian segalanya berubah. Keakraban semakin terjalin dan hati kembali terpaut. Kemudiannya masing-masing akhirnya meletakkan harapan lebih tinggi dari ego yang ada apabila meminta ibubapa kembali menyatukan kami semula tanpa peduli apa cakap orang lain. Dan ketika keluarga menerima (walau dengan hati yang berat), dan ketika tali pertunangan kembali merawat luka lama, dan ketika sengketa yang semakin berakhir tatkala menyedari kesalahan masing-masing dan ketika itulah diri ini nekad untuk membuktikan kepada semua yang bahagia dapat dicipta semula menutup luka lama. Tekad tidak lagi akan menghampakan ibubapa dan peluang yang ada.

Walaupun kemudian masih ada beberapa halangan untuk menuju bahagia, kali ini kami tempuhi bersama.
-Tamat-

Monday, 7 May 2012

Saya Rindu Ikan Buntal Saya

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sayang..dah lebih 5 bulan kita berpisah..sejak sayang hantar abg ke Shah Alam, itulah kali terakhir abg dapat melihat wajah sayang..tapi sayang, kali terakhir pun abg lihat dengan wajah sayang yang kecewa..maafkan abg sebab semua perkara ini berlaku..

Sayang..ketahuilah cinta ini setulus hati dan terlalu mendalam sehinggakan belum ada insan lain mampu mengisi kekosongan yang sayang tinggalkan..abg selalu mengharapkan berlaku keajaiban dimana sayang akan kembali ke pangkuan abg, kita bina semula mahligai yg telah kita sia-siakan selama ini..kali ini abg lebih bersedia..tapi sayang, impian akan menjadi angan-angan kerana sayang sudah dimiliki insan lain..ingin sangat abg tetap mencuba tapi tak sanggup rasanya kerana bimbang mengganggu kebahagiaan sayang dengan dia..

Sayang..dalam doa harian abg tak pernah abg lupa sebut namamu..abg pohon sayang ditetapkan jodoh dengan lelaki budiman yang mampu memimpin sayang kearah kebahagiaan, dengan insan yang mampu buat sayang tersenyum seperti ........maaf kerana terbayangkan senyuman mu sayang..terlalu indah melihat dirimu senyum sehingga air mata tak mampu tertahan lagi..abg rindu ikan buntal abg..abg pohon lagi diperluaskan rezeki sayang kerana abg tahu selama ini syg belum dpt kecapi apa yang sayang impikan..sebenarnya abg impikan untuk diam-diam membantu sayang kecapi apa yg sayang perlukan, kalaulah mampu..abg pohon lagi semoga segala kesedihan dan kemurungan yang sayang rasakan dihapuskan dan diberi pada diri abg..abg tak nak lihat sayang iaitu insan yang bertakhta dihati ini tak gembira..

Sayang..hari yang sepatutnya kita bersatu semakin hampir..hanya tinggal kurang sebulan lagi..semakin hari semakin debar abg rasakan..sampaikan setiap hari perlu menulis tarikh di laporan harian kerja abg, tangan ni selalu menggigil..menggigil kerana terlalu takut mengharungi tarikh-tarikh mendatang..malah abg demam kerana memikirkan tarikh kita..abg selalu bermimpi dan dalam mimpi tu kita masih bermanja-manja dan bahagia tak seperti sekarang..dan sebab itulah abg akan menangis setiap kali terjaga dari tidur..

Sayang..abg tak tahu bagaimana lagi abg harus harungi hari2 tanpa sayang..cuma abg hanya mampu berdoa mohon diberikan sedikit kekuatan, ketabahan hati, kesabaran menempuhi ujian ini..kalaulah ada peluang untuk kita bersatu semula, pulanglah sayang..kita tempuh dugaan sama-sama biar apa kata orang, kebahagiaan kita akan tutup mulut mereka..mungkinkah?
-Tamat-

Wednesday, 28 March 2012

Ujian adalah satu Khifarah

Tak ada perkara yg perlu disedihkan di dunia ini. Dunia ini hanya sementara sebelum kita kembali pada pencipta kita yang Maha Esa. Putus kasih sesama manusia memanglah sakit, tapi yakinkan kita setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Allah SWT lebih mengetahui apa yang lebih baik pada hamba-hambaNya. Mungkin diri ini belum mampu menjadi seorg pemimpin keluarga sekiranya mengikat tali kasih di alam perkahwinan. Mungkin juga ada yang lebih baik untuk kita di masa depan. Mungkin juga dia xbahagia sekiranya disamping diri ini, dia ditakdirkan dengan org lain. Mungkin juga dia nak kita kembali pada org2 yg lebih menghargai kita atau patut kita lebih hargai. Mmg kalau boleh kita nak sentiasa ada disamping org yang kita sayang, tp setidaknya pun berilah dia kebebasan untuk bahagia walaupun bukan dgn diri kita. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan si dia dgn seikhlas hati. Hati yang kecewa rawatlah dengan solat dan doa. Ingatkan semula dosa-dosa dan khilaf yg pernah dilakukan sepanjang bersama dia, dan sepanjang bernafas di dunia sementara ni. Sesungguhnya kita adalah orang yg tersangat rugi. Terimalah ujian ini dgn redha kerana ujian ini tanda sayang Allah SWT pd diri kita. Penghapus dosa ketika di dunia lebih baik dri dihukum di akhirat yang lebih dasyat. 

Tuesday, 3 January 2012

Cinta Tak Kesampaian (II)

Betulkah Empat hari ketika awak di Johor ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan baik awak adalah hari yang paling tenang sepanjang awak menjadi teman sejiwa saya? Pedihnya hati ini saat awak lafazkan perkataan seperti itu. Berbaloilah dengan sakit yang awak pendam atas perbuatan saya pada awak selama ni? Tidakkah awak ingat saat bahagia ketika bersama ataupun hanya saya yang bertepuk sebelah tangan salah ertikan pedihnya hati awak sebagai bahagia? Dengan jelas saya  mengingati hari perkenalan kita. Dengan jelas saya mengingati betapa indahnya hidup bersama awak. Saat ketika sama-sama berkongsi minat yang sama dalam Softball, saat berjalan beriringan berpegang tangan. Hangatnya tangan awak masih jelas terasa. Saat kita sama-sama keluar berkelah, saat kita sama-sama sertai pertandingan larian, saat ketika bermain ice-skating, saat ketika awak rangkul dan genggam tangan saya sebab takutkan ketinggian di funfair, saat kita ucapkan kata-kata indah berjanji nak hidup bersama. Awak ingat tak masakan saya? Awak cakap awak nak mati dulu tapi saya taknak sebab saya nak mati dulu. Ingat lagikah awak kata-kata awak yang cakap awak suka bau badan saya, awak suka lembutnya bibir saya. Ingat tak susah payahnya kita sama-sama jaga anak buah saya, macam jaga anak. Takkah awak ingat romantiknya saya ketika nyanyikan lagu cinta kita, Cinta Abadi  di hadapan rakan-rakan Office awak. Ingat tak awak yang awak nak lahirkan anak ramai-ramai sebab nak cukupkan satu team Softball. Iramir awak kenal kan? Lupakah awak lawak saya pasal Pisang dan Pendrive? Ingat tak awak, kita sama-sama sokong pasukan bolasepak Malaysia di kedai mamak. Ingat tak awak betapa kuatnya pelukan saya pada awak? Takkan awak tak ingat bahu siapa yang awak sandar ketika mengantuk, tangan siapa yang awak genggam kerana sedih dan happy. Takkah awak ingat sukanya saya bila awak buat muka ikan buntal dengan mata juling? Awak cakap saya sangat cute bila speaking English. Makan pun kongsi dan bersuap. Sintok, Kuala Perlis, Arau, Kuala Selangor, KL, Shah Alam, Serdang, KKB, Jitra, Alor Setar, Langgar semuanya indah belaka terpahat dalam memori. Indah sangat awak. Tak mungkin saya lupakan.

Cinta Tak Kesampaian (I)

Sebenarnya diri ini terasa begitu lemah saat jari sedang mengulangi dan mengingati pahit manis ketika bersama gadis yang masih saya cintai sampai ke saat ini. Apakah yang sebenarnya berlaku sehinggakan cinta dan kasih sayang yang bertahun berakhir dengan putusnya tali pertunangan. Adakah sikapku yang selama ini mendesak dia untuk mengubah beberapa perkara membuatkan dia mula tidak menyenangiku? Salahkah kalau selama ini saya minta dia untuk pulang awal tidak bersosial dan merayau sampai ke tengah malam. Salahkah saya kalau meminta agar konflik yang berlaku antara kami dirahsiakan dari umum? Bukankah Islam menggalakkan rahsia dalam kelambu (rumahtangga) tidak dihebahkan walaupun sebenarnya kami belum berumahtangga. Salahkah saya sekiranya menghargai masa bercakap kami? Saya terlalu dan tak dapat kawal rindu saya. Salahkan saya sekiranya menegur dia supaya tak memandu laju? Saya cuma nak pastikan dia selamat.  Salahkan saya tegur seseorang yang saya nampak sebagai masa depan saya untuk membetulkan sikapnya walaupun saya sendiri tak berapa cantik peribadi? Maaf dan ampunkan diri ini kalau perkara-perkara sebegini buatkan kamu menangis. Maafkan juga kerana saya lebih pentingkan kemahuan saya dari keperluan kamu. Kalau tahu akhirnya begini, tak mungkin saya lakukan, tak mungkin hatimu disakiti. Tapi adakah semua ni berlaku disebabkan wang, harta dunia? Bukankah sebelum mengikat tali pertunangan kita dah berjanji untuk sama-sama mengumpul wang hantaran? Awak cakap sama-sama bukan hanya membantu. Tapi akhirnya sampai ke waktu kita putus, tak ada apapun yang disimpan sedangkan awak mula bekerja lebih lama dari saya. Bukan niat saya memaksa tetapi perkahwinan yang dizahirkan berlandaskan kerjasama seperti yang kamu janjikan bukankah lebih indah? Bagaimana awak boleh tinggalkan saya sedangkan awak dan saya sama-sama melankah mengambil risiko?