Betulkah Empat hari ketika awak di Johor ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan baik awak adalah hari yang paling tenang sepanjang awak menjadi teman sejiwa saya? Pedihnya hati ini saat awak lafazkan perkataan seperti itu. Berbaloilah dengan sakit yang awak pendam atas perbuatan saya pada awak selama ni? Tidakkah awak ingat saat bahagia ketika bersama ataupun hanya saya yang bertepuk sebelah tangan salah ertikan pedihnya hati awak sebagai bahagia? Dengan jelas saya mengingati hari perkenalan kita. Dengan jelas saya mengingati betapa indahnya hidup bersama awak. Saat ketika sama-sama berkongsi minat yang sama dalam Softball, saat berjalan beriringan berpegang tangan. Hangatnya tangan awak masih jelas terasa. Saat kita sama-sama keluar berkelah, saat kita sama-sama sertai pertandingan larian, saat ketika bermain ice-skating, saat ketika awak rangkul dan genggam tangan saya sebab takutkan ketinggian di funfair, saat kita ucapkan kata-kata indah berjanji nak hidup bersama. Awak ingat tak masakan saya? Awak cakap awak nak mati dulu tapi saya taknak sebab saya nak mati dulu. Ingat lagikah awak kata-kata awak yang cakap awak suka bau badan saya, awak suka lembutnya bibir saya. Ingat tak susah payahnya kita sama-sama jaga anak buah saya, macam jaga anak. Takkah awak ingat romantiknya saya ketika nyanyikan lagu cinta kita, Cinta Abadi di hadapan rakan-rakan Office awak. Ingat tak awak yang awak nak lahirkan anak ramai-ramai sebab nak cukupkan satu team Softball. Iramir awak kenal kan? Lupakah awak lawak saya pasal Pisang dan Pendrive? Ingat tak awak, kita sama-sama sokong pasukan bolasepak Malaysia di kedai mamak. Ingat tak awak betapa kuatnya pelukan saya pada awak? Takkan awak tak ingat bahu siapa yang awak sandar ketika mengantuk, tangan siapa yang awak genggam kerana sedih dan happy. Takkah awak ingat sukanya saya bila awak buat muka ikan buntal dengan mata juling? Awak cakap saya sangat cute bila speaking English. Makan pun kongsi dan bersuap. Sintok, Kuala Perlis, Arau, Kuala Selangor, KL, Shah Alam, Serdang, KKB, Jitra, Alor Setar, Langgar semuanya indah belaka terpahat dalam memori. Indah sangat awak. Tak mungkin saya lupakan.
No comments:
Post a Comment