Sebenarnya diri ini terasa begitu lemah saat jari sedang mengulangi dan mengingati pahit manis ketika bersama gadis yang masih saya cintai sampai ke saat ini. Apakah yang sebenarnya berlaku sehinggakan cinta dan kasih sayang yang bertahun berakhir dengan putusnya tali pertunangan. Adakah sikapku yang selama ini mendesak dia untuk mengubah beberapa perkara membuatkan dia mula tidak menyenangiku? Salahkah kalau selama ini saya minta dia untuk pulang awal tidak bersosial dan merayau sampai ke tengah malam. Salahkah saya kalau meminta agar konflik yang berlaku antara kami dirahsiakan dari umum? Bukankah Islam menggalakkan rahsia dalam kelambu (rumahtangga) tidak dihebahkan walaupun sebenarnya kami belum berumahtangga. Salahkah saya sekiranya menghargai masa bercakap kami? Saya terlalu dan tak dapat kawal rindu saya. Salahkan saya sekiranya menegur dia supaya tak memandu laju? Saya cuma nak pastikan dia selamat. Salahkan saya tegur seseorang yang saya nampak sebagai masa depan saya untuk membetulkan sikapnya walaupun saya sendiri tak berapa cantik peribadi? Maaf dan ampunkan diri ini kalau perkara-perkara sebegini buatkan kamu menangis. Maafkan juga kerana saya lebih pentingkan kemahuan saya dari keperluan kamu. Kalau tahu akhirnya begini, tak mungkin saya lakukan, tak mungkin hatimu disakiti. Tapi adakah semua ni berlaku disebabkan wang, harta dunia? Bukankah sebelum mengikat tali pertunangan kita dah berjanji untuk sama-sama mengumpul wang hantaran? Awak cakap sama-sama bukan hanya membantu. Tapi akhirnya sampai ke waktu kita putus, tak ada apapun yang disimpan sedangkan awak mula bekerja lebih lama dari saya. Bukan niat saya memaksa tetapi perkahwinan yang dizahirkan berlandaskan kerjasama seperti yang kamu janjikan bukankah lebih indah? Bagaimana awak boleh tinggalkan saya sedangkan awak dan saya sama-sama melankah mengambil risiko?
No comments:
Post a Comment