Assalamu'alaikum w.b.t.
Sesungguhnya tiada rancangan sebaik perancangan Allah SWT. Manusia hanyalah hamba pada Tuhan Yang Esa. Malah ilmu yang manusia ada hanyalah terlalu sedikit itupun dengan keizinan Allah S.W.T.
Harapan hanya tinggal harapan, itulah yang selalu bermain di fikiran saya sekiranya memikirkan peluang untuk kembali bersama 'athirah. Diri ini sebenarnya telah pun putus asa dan menganggap pintu hatinya telah tertutup untuk menerima insan yang melukakannya suatu ketika dahulu. Apatah lagi bila mengenangkan yang dia sudah punyai pengganti. Hanya doa yang mampu diri ini kirimkan semoga si dia beroleh keberkatan dan kebahagiaan yang dicari. Doa yang tidak pernah berhenti sepanjang 7 bulan penantian.
Namun segalanya seakan sukar dipercayai, bagaikan berlaku suatu keajaiban yang tak pernah disangka-sangka. Suatu ketika harapan seakan telah pudar dan berkubur namun bunga harapan berputik semula ketika hari semakin senja.
Segalanya bermula ketika pertemuan semula selepas hampir 7 bulan tak bersua. Pertemuan yang membangkitkan kenangan. Pertemuan klasik dimana ianya berlaku di tempat yang sama, dan mungkin tarikh yang sama pertemuan pertama kami yang berlaku 3 tahun lepas. Pelik tetapi ianya benar.
Sebagaimana ianya bermula suatu ketika dulu kini seakan bermula semula. Sofbol menemukan kami semula. Cuba menutup kisah lama dan membuka helaian kisah baru hanya sekadar sebagai kawan, namun jauh disudut hati masing-masing masih menyimpan perasaan cinta dan berharap untuk kembali bersama. Dan akhirnya luahan demi luahan cinta akhirnya terbit dari bibir sang pecinta dan bidadarinya. Dan dipinggir tasik disinari lampu neon bersama cahaya bulan disanalah kami sama-sama menitiskan air mata mengenang kembali kisah lama, mencari harapan baru dengan perasaan bercampur antara kesal dan gembira.
Bukan mudah untuk kembali bersama setelah perpisahan dulu melibat keluarga dan dia juga hampir dimiliki insan lain. Banyak juga yang membangkang ada jua yang menyokong. Hurmmm...
Kemudian segalanya berubah. Keakraban semakin terjalin dan hati kembali terpaut. Kemudiannya masing-masing akhirnya meletakkan harapan lebih tinggi dari ego yang ada apabila meminta ibubapa kembali menyatukan kami semula tanpa peduli apa cakap orang lain. Dan ketika keluarga menerima (walau dengan hati yang berat), dan ketika tali pertunangan kembali merawat luka lama, dan ketika sengketa yang semakin berakhir tatkala menyedari kesalahan masing-masing dan ketika itulah diri ini nekad untuk membuktikan kepada semua yang bahagia dapat dicipta semula menutup luka lama. Tekad tidak lagi akan menghampakan ibubapa dan peluang yang ada.
Walaupun kemudian masih ada beberapa halangan untuk menuju bahagia, kali ini kami tempuhi bersama.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment