Tuesday, 18 October 2011

Tentang Diri Ini (II)

Continue from previous post...

...Tak seperti kebanyakkan orang lain, saya ni kurang sikit berminat mendengar lagu dan menonton TV@wayang. So, saya tak ada favourite song, movie and artists. Cuma kadang-kadang bila bosan dan diajak ke panggung wayang atau karaoke, saya akan follow bergantung pada duit poket atau orang yang mengajak tu belanja. Favourite food tak ada sebab selera selalu bertukar-tukar tapi off course la masakan emak yang paling sedap. Favourite drink sejak kanak-kanak lagi memang Milo Ais. So, boleh dikatakan saya ni agak membosankan la tapi tak cerewet kan? Saya juga aktif bersukan sejak zaman sekolah terutamanya dalam sukan Softball dan sukan inilah yang menemukan saya dengan jodoh saya (InsyaAllah dalam perancangan mendirikan rumahtangga). Sukan-sukan lain yang sempat saya libatkan diri adalah Olahraga, Bola Baling dan Badminton. Pengalaman bekerja tak banyak mana sangat. Yang pertama ialah kerja gerai makan Road Side Burger, Arau pada tahun 2003 iaitu sebelum diterima masuk ke asrama. Selepas tamat SPM 2003, bekerja pula di gerai makan di Desa Damai, Bentong, Pahang dan kemudian di tempat simpanan barang dan topi keledar di The Store, Kangar. Juga pernah menjadi management trainee (merangkap bakal operation executive) di syarikat Mercu Jutaan Sdn Bhd subsidiary of Only World Group menguruskan Wet World Shah Alam. Tapi di sebabkan masalah dalaman, saya meletak jawatan. Sehingga ke saat jari-jari ini masih menaip post ini, saya masih menganggur tetapi baru sahaja menerima tawaran daripada syarikat penerbangan tambang murah Air Asia sebagai Assistant Security Officer. Hobi tak ada tapi agak berminat jalan-jalan menikmati pandangan, memancing dan bersukan. Juga suka pelihara haiwan terutama ikan. Sekian dari saya, sebarang soalan silalah bertanya..Hahaha..
-Tamat-

No comments:

Post a Comment