Ini cerita tentang keluarga saya. Keluarga yang sederhana tetapi ceria dan menyeronokkan. Ayah bernama Othman bin Chain merupakan idola saya. Ayah mempunyai susur galur sebelah Melayu Siam (Tok Arau) dan juga sebelah Melayu Acheh. Ayah membesar di kalangan orang Istana Arau kerana Tok Wan merupakan pemandu DiRaja manakala Tok Munah (nenek) bekerja sebagai tukang masak (Institusi beraja zaman sebelum ini mengambil saudara mara bekerja di istana ). Keluarga Ayah merupakan kerabat DiRaja (secara tidak langsung) malah emak saudara ayah adalah Isteri Raja yang ke-2 yang bernikah dengan Alyarham Tuanku Syed Putra. Manakala datuk ayah (moyang saya) merupakan tabib DiRaja. Ayah bekerja sebagai Penghulu (tak pasti mukim mana) dan pernah bekerja di Pejabat Perhutanan Negeri Perlis juga merupakan seorang Petani (bukan pesawah kerana mengupah orang lain untuk menguruskan sawah-sawah padinya). Juga dilantik sebagai Setiausaha UMNO di ADUN N11-Pauh di bawah YBM Dato' Seri Syed Razlan Putra Jamalullail dan Pengerusi JKKK Bandar Arau. Dianugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Jubli Emas (PJE) oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan satu lagi pingat iaitu Pingat Mahkota Perlis (PMP) oleh Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Ayah mempunyai karekter-karekter yang membuat dia menjadi orang yang dihormati dan disegani seperti mudah membantu orang lain, merendah diri, bertanggungjawab, mudah mesra, berpendirian tegas dan amanah dan lain-lain. Pada saya, ayah juga banyak berahsia dan tidak suka menceritakan masalah diri kepada orang lain. Salute you father. Orang yang melahirkan insan bertuah ini adalah Sum binti Abdul Ghani. Mak berdarah Melayu dan Filipina (pada ihsan saya, Filipina juga Melayu yang mana sekarang ini dikenali di Filipina sebagai Orang Sulu). Insan mulia ini sangat taat pada suami dan banyak berkorban demi mendidik anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Perkataan yang keluar dari mulutnya hanya nasihat, dorongan serta doa untuk anak-anak kesayangannya. Pengorbanan mak bukan hanya setakat membesarkan enam orang anak, seorang anak angkat dan beberapa cucu malah lebih dari tu. Tak ada orang lain yang lebih risau daripada emak apabila anak-anaknya jatuh sakit. Malah emak hanya menangis seorang diri di tengah malam hanya kerana risaukan keadaan anaknya. Thank you mother. Kakak sulung pula bekerja sebagai Guru Sains di sebuah sekolah rendah di Perlis. Bahiyah dikurniakan empat cahaya mata Zaim Ariff, Farah Hanim, Puteri Balqis Sorfina dan Aiman Haikal. Kak Bayah berkahwin dengan pasangannya Hakam bin Hassan yang bekerja di pejabatnya di Majlis Perbandaran Kangar. Kakak kedua bernama Mazlina bekerja sebagai Guru J-qaf di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat, Johor manakala pasangannya Zulkifli bekerja secara persendirian. Kak Ina mempunyai seorang anak angkat bernama Mohd Khalid. Kakak ketiga bernama Nurhayati seorang Pegawai Farmaseutikal di Kementerian Kesihatan Malaysia manakala suaminya Jaafar bin Salleh merupakan Juruteknik Komputer di syarikat komputer CSC. Mempunyai dua orang anak iaitu Alya Athirah dan Mohd Ashraff. Family Kak Yati tinggal di Shah Alam, Selangor. Kakakku yang ke-4 diberi nama Nuraini berkahwin dengan pasangannya Azhar dan mereka tinggal di Tawau, Sabah. Dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alin Natasha dan Mohd Airil. Kak Ain tak bekerja secara rasmi hanya membuat business kecil-kecilan manakala suaminya bekerja di Maritim Malaysia. Kakak ke-5 adalah Norhasni dan pasangannya Mohd Norhezman. Kak Hasni masih belum bekerja manakala suaminya bekerja sebagai Juruteknik Elektrikal di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Keluarga saya ini juga mempunyai seorang anak angkat bernama Siti Aishah binti Mohd Taib (Chah) dan masih bersekolah di sekolah rendah di Arau. Semoga keluarga ini terus dikurniakan rahmat dan dilimpahi rezeki oleh Nya.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment