Kali ni nak kongsi kisah mengenai cinta monyet saya. Mungkin lambat matang atau memang tak ada daya tarikan, kisah cinta (cinta monyet bermula awal 2003 (16 tahun 1-5 bulan). Saya sebenarnya pada saat ini telah pun menjadi tunangan orang dan sedang plan untuk mendirikan rumahtangga yang kemungkinan majlisnya akan berlangsung pada bulan Jun 2012. Tapi kisah cinta ini sekadar perkongsian (tak terniat untuk mengenang pun). Walaupun banyak gadis-gadis yang hadir sebelumnya, gadis pertama berjaya mencuri hati ini adalah Siti Shafinar (Pinut). Pinut merupakan seorang senior (tua satu tahun) dalam sukan yang amat saya gemari, Softball. Ketika menyertai softball tournament Ipoh Open awal tahun 2003, hati ini mula tertarik pada Pinut ni. Akhirnya setelah berkenalan, kami menjadi kawan sehinggalah Pinut ni di approach oleh seorang kawan lain. Rasa hati ini yang sedang kecewa di adu di dalam buku diari harian. Pada hari terakhir kejohanan tersebut ketika ingin pulang ke kampung halaman (ketika di Stesyen Keretapi Ipoh), Pinut bertanyakan mengenai buku diari. Mungkin ada rakan lain yang terbaca dan report pada dia. Saya cuma menjawab sudah terlambat kerana dia pada masa tu milik kawan saya yang lain. Bagaimanapun apabila sesi latihan kembali bermula (seminggu atau dua minggu selepas balik dari kejohanan), Pinut kelihatan seakan-akan mencuri pandang dan ingin berkata sesuatu dan ketika ingin berkemas pulang (atau ketika sesi latihan berehat), akhirnya Pinut memberitahu bahawa hubungan dia dengan couplenya dah berakhir ketika dalam perjalanan pulang dari kejohanan dan juga bertanyakan sama ada saya masih berminat dengan dirinya. Saya mengiyakan dan hari itulah saya mula mengenal erti sayang (sekarang dah dapat bezakan antara cinta dan sayang). Hubungan hanya bertahan lebih kurang sebulan kerana tak sehaluan. Gadis kedua yang pernah bertakhta di hati ini bernama Nor Haniza (Jaa) yang juga merupakan seorang pemain Softball dari negeri Pahang. Jaa ni saya kenal ketika sama-sama training Softball semasa menuntut dan menjadi player UiTM (yang mana ketika itu saya mengambil Diploma Mikrobiologi 2003-2004). Tak pasti kenapa boleh jatuh hati, mungkin kerana dia seorang pemain Sofbol yang berkebolehan tinggi. Layanan Jaa pada saya okay cuma dia mempunyai seorang abang angkat yang mana setiap kali keluar dengan Jaa, dia terpaksa tinggalkan saya untuk melayani abang angkatnya meskipun hanya menggunakan telefon. Mungkin kerana bosan dengan sikapnya yang tidak menghargai masa ketika bersama, masuk saja semester baru saya pun meminta hubungan ini tidak diteruskan dan Jaa akur pada kehendak saya. Gadis ketiga yang pernah menjadi pasangan saya adalah Nurul Nadia (Didi) dari Kuala Lumpur. Didi merupakan seorang anak sulung dari keluarga yang agak berpecah belah. Didi juga berasal dari keluarga yang berada terutamanya neneknya yang merupakan seorang ketua wanita di Pulau Pinang berpangkat Datuk. Perkenalan antara saya dan Didi berlaku pada awal tahun 2008 (atau hujung tahun 2007) melalui seorang rakan sekelas saya. Ketika rasa kasih dan sayang sedang berbunga-bunga, satu permintaan daripada Didi membuatkan saya lenyapkan perasaan pada Didi. Didi pernah meminta agar saya mengubah penampilan yang selekeh ini dan membanding-bandingkan dengan penampilan keluarganya. Mungkin kerana rasa kasih telah lenyap, pelbagai masalah timbul dan sering berlaku pertengkaran dan akhirnya robohlah hubungan yang dibina. Tetapi diawal perpisahan, hati ini masih menyimpan sedikit rasa cinta dan penyesalan malah pernah beberapa kali meminta agar hubungan yang saya sendiri minta dipisahkan dapat bersatu semula namun kerap kali juga ditolak. Akhirnya perasaan dan rasa cinta yang sedikit tu lenyap sedikit demi sedikit dan terhapus dengan sendiri. Gadis terakhir yang bertakhta dihati sebelum mengenal cinta sejati yang sebenar sesama insan ada Nur Afida (Fyda) yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Secara kebetulan, Fyda merupakan seorang pemain Softball sekolah. Perkenalan berlaku pada tahun 2002@2003 apabila Fyda datang bercuti dan tinggal di rumah emak saudaranya di taman yang saya tinggal. Mungkin kerana sering bertembung penglihatan akhirnya kami mula bertegur sapa dan menjadi semakin rapat dan akhirnya menjadi adik dan abang angkat sebelum Fyda pulang ke kampung halaman dia di Perak. Bagaimanapun akibat terputus contact, hubungan angkat ini seakan berakhir tapi entah bagaimana hubungan tu muncul semula (tak pasti bagaimana dapat menghubungi Fyda semula) tatkala hubungan antara saya dan Didi retak menanti belah. Dan ketika hati ini kecewa dengan Didi, diri ini memaksa untuk menjadikan Fyda sebagai pengganti walaupun tak pasti. Mungkin kerana selama itu Fyda sering kali mengambil berat akan diri ini dan sering membantu menyingkirkan tekanan. Tetapi hubungan berakhir dalam masa tiga hari kerana akhirnya saya masih tak dapat menerima perpisahan dengan Didi (pada waktu itu). Setelah lama menyepinya rasa cinta akhirnya kuasa Allah SWT mempertemukan pula dengan seorang gadis yang akhirnya mengajarkan erti cinta dan pengorbanan, yang menerima diri ini seadanya, yang lupakan rupa paras dan harta, yang tawa dan tangisnya kerana cinta, yang rindunya sering bertaut, perasaan yang tak nak kan kehilangan...yang sebenar-benarnya perasaan CINTA sesama makhluk...
-Tamat-