Selepas pulang dari kejohanan tu, kitorang semakin rapat berhubung satu sama lain. Banyak masalah yang dikongsi bersama sampailah akhirnya aku akui dalam hati ini muncul satu perasaan cinta yg pada saya ketika tu terlampau mendalam dan hebat. Pada satu malam akhirnya perkataan cinta akhirnya saya ucapkan tetapi pada waktu tu dia meminta sedikit masa untuk berfikir. Waktu awal pagi 5.8.2009 sekali lagi ucapan cinta aku luahkan dan akhirnya dia terima setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT selepas solat istikarah. Since tu, hubungan kami nampak sangat baik dan akan jadi happy ending. Kemudian, muncul pulak banyak dugaan yang sedikit sebanyak merencatkan hubungan baik kami seperti perasaan ego, cemburu dan rasa sentiasa betul dalam diri masing-masing masih yang buatkan berlaku pertengkaran dan percanggahan pendapat antara kami. Tapi disebabkan cinta yang kuat, seteruk mana pun bertengkar, bermacam bagai dugaan yg dihadapi, akhirnya hubungan ni terus kekal dan kekal sampai akhirnya mengikat tali pertunangan pada 4.6.2011. Saya berasa sangat bertuah memiliki 'Athirah Abdul Halim sebagai teman dijiwa dan tambah bertuah kerana semakin hampir membina hidup dengan gadis yang dicintai.
-Tamat-
Oh bulan sampaikanlah kata rinduku padanya..dia cinta terakhirku..kan ku abadikan rinduku hanya padamu..mencari kebahagiaan yang abadi..selamanya
Thursday, 10 November 2011
Friday, 21 October 2011
Dari Mata Turun Ke Hati (I)
'Athirah Abdul Halim, nama yang mengajarkan perbezaan perasaan cinta dan sayang dan yang memiliki kedua-dua perasaanku tu. Cerita bermula dalam kejohanan Sofbol UiTM Open 2009 apabila saya mewakili pasukan lelaki UiTM dan dia mewakili pasukan wanita UUM. Masa tu nama pun belum kenal lagi tapi bila terpandang dia masa tu perasaan ingin mengenali tu cukup kuat. Masa dia tengah dalam game pun, saya turun untuk bagi sokongan pada team girl UUM. Tapi disebabkan untuk maintain macho saya tak adalah terus berkenalan dengan cara murahan. Even after tournament tu sekalipun, saya belum kenal dengan dia lagi. Tapi hasrat nak mengenali player yang memakai jersi nombor 1 tu diteruskan dengan cuba bertanyakan pada rakan-rakan yang berada dalam pasukan lelaki UUM. Bagaimanapun pemain misteri berjesi nombor 1 tu masih gagal dikesan mungkin disebabkan pemain-pemain UUM selalu bertukar nombor. Mungkin sudah ketentuan Allah SWT kami dipertemukan semula apabila masing-masing mendapat tempat untuk mewakili pasukan Sofbol Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dalam kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan ke 37. Sewaktu latihan pusat yang bertempat di UPM, saya berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit gadis yang ingin dikenali tu melalui seorang teamate. Tapi disebabkan takut dikecewakan ditambah lagi dengan jadual latihan yang ketat, hasrat menghubungi atau SMS dia belum lagi diteruskan. Tetapi melalui usikan rakan-rakan lain dalam pasukan membuatkan aku dan dia tersipu-sipu malu sepanjang kejohanan yang berlangsung. Selepas tamat latihan pusat dan berselang selama beberapa hari sebelum berkumpul semula di UPM untuk bertolak ke UTM, Skudai dimana kejohanan kebangsaan dianjurkan, saya mula menghubungi dia dan response yang diterima baik. Sewaktu kejohanan berlangsung, hubungan kami bertambah baik dan semakin rapat. Salah satu saat yang bahagia kalau diingatkan semula ialah ketika ingin berpisah semasa kejohanan tamat, satu perasaan yang sedih, risau dan tak nak kehilangan dia.
To be continue...
Wednesday, 19 October 2011
Kisah Cinta Monyet
Kali ni nak kongsi kisah mengenai cinta monyet saya. Mungkin lambat matang atau memang tak ada daya tarikan, kisah cinta (cinta monyet bermula awal 2003 (16 tahun 1-5 bulan). Saya sebenarnya pada saat ini telah pun menjadi tunangan orang dan sedang plan untuk mendirikan rumahtangga yang kemungkinan majlisnya akan berlangsung pada bulan Jun 2012. Tapi kisah cinta ini sekadar perkongsian (tak terniat untuk mengenang pun). Walaupun banyak gadis-gadis yang hadir sebelumnya, gadis pertama berjaya mencuri hati ini adalah Siti Shafinar (Pinut). Pinut merupakan seorang senior (tua satu tahun) dalam sukan yang amat saya gemari, Softball. Ketika menyertai softball tournament Ipoh Open awal tahun 2003, hati ini mula tertarik pada Pinut ni. Akhirnya setelah berkenalan, kami menjadi kawan sehinggalah Pinut ni di approach oleh seorang kawan lain. Rasa hati ini yang sedang kecewa di adu di dalam buku diari harian. Pada hari terakhir kejohanan tersebut ketika ingin pulang ke kampung halaman (ketika di Stesyen Keretapi Ipoh), Pinut bertanyakan mengenai buku diari. Mungkin ada rakan lain yang terbaca dan report pada dia. Saya cuma menjawab sudah terlambat kerana dia pada masa tu milik kawan saya yang lain. Bagaimanapun apabila sesi latihan kembali bermula (seminggu atau dua minggu selepas balik dari kejohanan), Pinut kelihatan seakan-akan mencuri pandang dan ingin berkata sesuatu dan ketika ingin berkemas pulang (atau ketika sesi latihan berehat), akhirnya Pinut memberitahu bahawa hubungan dia dengan couplenya dah berakhir ketika dalam perjalanan pulang dari kejohanan dan juga bertanyakan sama ada saya masih berminat dengan dirinya. Saya mengiyakan dan hari itulah saya mula mengenal erti sayang (sekarang dah dapat bezakan antara cinta dan sayang). Hubungan hanya bertahan lebih kurang sebulan kerana tak sehaluan. Gadis kedua yang pernah bertakhta di hati ini bernama Nor Haniza (Jaa) yang juga merupakan seorang pemain Softball dari negeri Pahang. Jaa ni saya kenal ketika sama-sama training Softball semasa menuntut dan menjadi player UiTM (yang mana ketika itu saya mengambil Diploma Mikrobiologi 2003-2004). Tak pasti kenapa boleh jatuh hati, mungkin kerana dia seorang pemain Sofbol yang berkebolehan tinggi. Layanan Jaa pada saya okay cuma dia mempunyai seorang abang angkat yang mana setiap kali keluar dengan Jaa, dia terpaksa tinggalkan saya untuk melayani abang angkatnya meskipun hanya menggunakan telefon. Mungkin kerana bosan dengan sikapnya yang tidak menghargai masa ketika bersama, masuk saja semester baru saya pun meminta hubungan ini tidak diteruskan dan Jaa akur pada kehendak saya. Gadis ketiga yang pernah menjadi pasangan saya adalah Nurul Nadia (Didi) dari Kuala Lumpur. Didi merupakan seorang anak sulung dari keluarga yang agak berpecah belah. Didi juga berasal dari keluarga yang berada terutamanya neneknya yang merupakan seorang ketua wanita di Pulau Pinang berpangkat Datuk. Perkenalan antara saya dan Didi berlaku pada awal tahun 2008 (atau hujung tahun 2007) melalui seorang rakan sekelas saya. Ketika rasa kasih dan sayang sedang berbunga-bunga, satu permintaan daripada Didi membuatkan saya lenyapkan perasaan pada Didi. Didi pernah meminta agar saya mengubah penampilan yang selekeh ini dan membanding-bandingkan dengan penampilan keluarganya. Mungkin kerana rasa kasih telah lenyap, pelbagai masalah timbul dan sering berlaku pertengkaran dan akhirnya robohlah hubungan yang dibina. Tetapi diawal perpisahan, hati ini masih menyimpan sedikit rasa cinta dan penyesalan malah pernah beberapa kali meminta agar hubungan yang saya sendiri minta dipisahkan dapat bersatu semula namun kerap kali juga ditolak. Akhirnya perasaan dan rasa cinta yang sedikit tu lenyap sedikit demi sedikit dan terhapus dengan sendiri. Gadis terakhir yang bertakhta dihati sebelum mengenal cinta sejati yang sebenar sesama insan ada Nur Afida (Fyda) yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Secara kebetulan, Fyda merupakan seorang pemain Softball sekolah. Perkenalan berlaku pada tahun 2002@2003 apabila Fyda datang bercuti dan tinggal di rumah emak saudaranya di taman yang saya tinggal. Mungkin kerana sering bertembung penglihatan akhirnya kami mula bertegur sapa dan menjadi semakin rapat dan akhirnya menjadi adik dan abang angkat sebelum Fyda pulang ke kampung halaman dia di Perak. Bagaimanapun akibat terputus contact, hubungan angkat ini seakan berakhir tapi entah bagaimana hubungan tu muncul semula (tak pasti bagaimana dapat menghubungi Fyda semula) tatkala hubungan antara saya dan Didi retak menanti belah. Dan ketika hati ini kecewa dengan Didi, diri ini memaksa untuk menjadikan Fyda sebagai pengganti walaupun tak pasti. Mungkin kerana selama itu Fyda sering kali mengambil berat akan diri ini dan sering membantu menyingkirkan tekanan. Tetapi hubungan berakhir dalam masa tiga hari kerana akhirnya saya masih tak dapat menerima perpisahan dengan Didi (pada waktu itu). Setelah lama menyepinya rasa cinta akhirnya kuasa Allah SWT mempertemukan pula dengan seorang gadis yang akhirnya mengajarkan erti cinta dan pengorbanan, yang menerima diri ini seadanya, yang lupakan rupa paras dan harta, yang tawa dan tangisnya kerana cinta, yang rindunya sering bertaut, perasaan yang tak nak kan kehilangan...yang sebenar-benarnya perasaan CINTA sesama makhluk...
-Tamat-
-Tamat-
Tuesday, 18 October 2011
Keluarga Bahagia
Ini cerita tentang keluarga saya. Keluarga yang sederhana tetapi ceria dan menyeronokkan. Ayah bernama Othman bin Chain merupakan idola saya. Ayah mempunyai susur galur sebelah Melayu Siam (Tok Arau) dan juga sebelah Melayu Acheh. Ayah membesar di kalangan orang Istana Arau kerana Tok Wan merupakan pemandu DiRaja manakala Tok Munah (nenek) bekerja sebagai tukang masak (Institusi beraja zaman sebelum ini mengambil saudara mara bekerja di istana ). Keluarga Ayah merupakan kerabat DiRaja (secara tidak langsung) malah emak saudara ayah adalah Isteri Raja yang ke-2 yang bernikah dengan Alyarham Tuanku Syed Putra. Manakala datuk ayah (moyang saya) merupakan tabib DiRaja. Ayah bekerja sebagai Penghulu (tak pasti mukim mana) dan pernah bekerja di Pejabat Perhutanan Negeri Perlis juga merupakan seorang Petani (bukan pesawah kerana mengupah orang lain untuk menguruskan sawah-sawah padinya). Juga dilantik sebagai Setiausaha UMNO di ADUN N11-Pauh di bawah YBM Dato' Seri Syed Razlan Putra Jamalullail dan Pengerusi JKKK Bandar Arau. Dianugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Jubli Emas (PJE) oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan satu lagi pingat iaitu Pingat Mahkota Perlis (PMP) oleh Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Ayah mempunyai karekter-karekter yang membuat dia menjadi orang yang dihormati dan disegani seperti mudah membantu orang lain, merendah diri, bertanggungjawab, mudah mesra, berpendirian tegas dan amanah dan lain-lain. Pada saya, ayah juga banyak berahsia dan tidak suka menceritakan masalah diri kepada orang lain. Salute you father. Orang yang melahirkan insan bertuah ini adalah Sum binti Abdul Ghani. Mak berdarah Melayu dan Filipina (pada ihsan saya, Filipina juga Melayu yang mana sekarang ini dikenali di Filipina sebagai Orang Sulu). Insan mulia ini sangat taat pada suami dan banyak berkorban demi mendidik anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Perkataan yang keluar dari mulutnya hanya nasihat, dorongan serta doa untuk anak-anak kesayangannya. Pengorbanan mak bukan hanya setakat membesarkan enam orang anak, seorang anak angkat dan beberapa cucu malah lebih dari tu. Tak ada orang lain yang lebih risau daripada emak apabila anak-anaknya jatuh sakit. Malah emak hanya menangis seorang diri di tengah malam hanya kerana risaukan keadaan anaknya. Thank you mother. Kakak sulung pula bekerja sebagai Guru Sains di sebuah sekolah rendah di Perlis. Bahiyah dikurniakan empat cahaya mata Zaim Ariff, Farah Hanim, Puteri Balqis Sorfina dan Aiman Haikal. Kak Bayah berkahwin dengan pasangannya Hakam bin Hassan yang bekerja di pejabatnya di Majlis Perbandaran Kangar. Kakak kedua bernama Mazlina bekerja sebagai Guru J-qaf di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat, Johor manakala pasangannya Zulkifli bekerja secara persendirian. Kak Ina mempunyai seorang anak angkat bernama Mohd Khalid. Kakak ketiga bernama Nurhayati seorang Pegawai Farmaseutikal di Kementerian Kesihatan Malaysia manakala suaminya Jaafar bin Salleh merupakan Juruteknik Komputer di syarikat komputer CSC. Mempunyai dua orang anak iaitu Alya Athirah dan Mohd Ashraff. Family Kak Yati tinggal di Shah Alam, Selangor. Kakakku yang ke-4 diberi nama Nuraini berkahwin dengan pasangannya Azhar dan mereka tinggal di Tawau, Sabah. Dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alin Natasha dan Mohd Airil. Kak Ain tak bekerja secara rasmi hanya membuat business kecil-kecilan manakala suaminya bekerja di Maritim Malaysia. Kakak ke-5 adalah Norhasni dan pasangannya Mohd Norhezman. Kak Hasni masih belum bekerja manakala suaminya bekerja sebagai Juruteknik Elektrikal di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Keluarga saya ini juga mempunyai seorang anak angkat bernama Siti Aishah binti Mohd Taib (Chah) dan masih bersekolah di sekolah rendah di Arau. Semoga keluarga ini terus dikurniakan rahmat dan dilimpahi rezeki oleh Nya.
-Tamat-
Tentang Diri Ini (II)
Continue from previous post...
...Tak seperti kebanyakkan orang lain, saya ni kurang sikit berminat mendengar lagu dan menonton TV@wayang. So, saya tak ada favourite song, movie and artists. Cuma kadang-kadang bila bosan dan diajak ke panggung wayang atau karaoke, saya akan follow bergantung pada duit poket atau orang yang mengajak tu belanja. Favourite food tak ada sebab selera selalu bertukar-tukar tapi off course la masakan emak yang paling sedap. Favourite drink sejak kanak-kanak lagi memang Milo Ais. So, boleh dikatakan saya ni agak membosankan la tapi tak cerewet kan? Saya juga aktif bersukan sejak zaman sekolah terutamanya dalam sukan Softball dan sukan inilah yang menemukan saya dengan jodoh saya (InsyaAllah dalam perancangan mendirikan rumahtangga). Sukan-sukan lain yang sempat saya libatkan diri adalah Olahraga, Bola Baling dan Badminton. Pengalaman bekerja tak banyak mana sangat. Yang pertama ialah kerja gerai makan Road Side Burger, Arau pada tahun 2003 iaitu sebelum diterima masuk ke asrama. Selepas tamat SPM 2003, bekerja pula di gerai makan di Desa Damai, Bentong, Pahang dan kemudian di tempat simpanan barang dan topi keledar di The Store, Kangar. Juga pernah menjadi management trainee (merangkap bakal operation executive) di syarikat Mercu Jutaan Sdn Bhd subsidiary of Only World Group menguruskan Wet World Shah Alam. Tapi di sebabkan masalah dalaman, saya meletak jawatan. Sehingga ke saat jari-jari ini masih menaip post ini, saya masih menganggur tetapi baru sahaja menerima tawaran daripada syarikat penerbangan tambang murah Air Asia sebagai Assistant Security Officer. Hobi tak ada tapi agak berminat jalan-jalan menikmati pandangan, memancing dan bersukan. Juga suka pelihara haiwan terutama ikan. Sekian dari saya, sebarang soalan silalah bertanya..Hahaha..
-Tamat-
Tentang Diri Ini
Nama diberi Amiruddin bin Othman. Dilahirkan di dalam sebuah bilik di rumah yang mana sekarang sudah tidak wujud di Kampung Jelempok pada tarikh 6 Disember 1986 hari Sabtu (tak ingat masa dan tarikh dalam kalender Hijrah, akan update kalau dapat informasi). Merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik dimana kesemua adik beradik lain adalah perempuan (bangga kerana menjadi satu-satunya anak lelaki@Hero dalam keluarga. Haha). Bertadika di Tadika KEMAS Tg. Budriah, Arau pada umur 6 tahun. Bersekolah di Sek. Tengku Budriah, Arau (UPSR 1999 - 4A1C), SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau (PMR 2001 - 6A2B, SPM 2003 - 5B4C). Melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi pada 2003 dalam jurusan Diploma in Microbiology, UiTM Shah Alam tetapi berhenti selepas 2 semester pengajian. Kemudian pada tahun 2004 menyambung pelajaran juga di peringkat Diploma dalam jurusan Sport Studies di UiTM Arau dan menamatkan pengajian dengan CGPA 3.18 (Second Class Upper). Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dengan mengambil jurusan Sport Science, UiTM Shah Alam dan berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.15 (juga Second Class Upper).
To be continue....
Subscribe to:
Comments (Atom)